Wednesday, 17 April 2013

Tuesday, 16 April 2013

Mesej Daripada Penganjur

Kami (Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan Tasik Utama Cycling Club) sebagai penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua peserta kerana telah memberikan sokongan terhadap Mini Jamboree ini. Jika terdapat cacat-cela dan kekurangan di dalam penganjuran acara ini, pihak kami memohon ampun dan maaf.

Kami juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para petugas dan sukarelawan yang telah bekerjasama menjayakan Mini Jamboree ini.

Juga kepada pihak penaja  kami mengucapkan terima kasih terhadap sumbangan yang telah diberikan.


Gambar

Gambar-gambar boleh dilayari di pautan berikut :

www.facebook.com/pknmtucc2013

Saturday, 13 April 2013

Perhatian


MAKLUMAN KEPADA PESERTA:

1. NO HELMET NO RIDE

2. MENYERTAI KAYUHAN INI BERMAKNA PESERTA BERSETUJU AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DENGAN KESELAMATAN DIRI SENDIRI DAN HARTA BENDA DAN TIDAK AKAN MENYALAHKAN PENGANJUR ATAS SEGALA KEMALANGAN DAN KERUGIAN YANG BERLAKU.

3. PROGRAM BERSIFAT JAMBOREE, PESERTA DIGALAKKAN MENUNGGANG DENGAN SEMANGAT KESUKANAN DAN MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN. WALAU BAGAIMANAPUN KAMI MENGHARGAI PESERTA YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI DENGAN HADIAH WANG TUNAI.

4. MEDAL BERNOMBOR KEDUDUKAN (RANKING) DIBERI KEPADA 300 PESERTA PERTAMA YANG SAMPAI KE GARISAN PENAMAT MENGIKUT TURUTAN. SELEPAS ITU PESERTA DIBERI MEDAL PENAMAT (FINISHER MEDAL). HANYA 500 MEDAL DISEDIAKAN

5. PESERTA YANG TIDAK MEMPUNYAI STICKER YANG LENGKAP TIDAK AKAN DIBERIKAN MEDAL.

6. PESERTA PERLU MEMBAWA PERALATAN SEPERTI “SPARE TUBE”, PAM DAN SEUMPAMANYA.

7. SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN, SILA TELEFON NOMBOR KECEMASAN YANG TERDAPAT DI NOMBOR PLET DAN MAKLUMKAN ANDA BERADA DI KILOMETER KE BERAPA.

8. CHECK POINT AKAN DITUTUP SELEPAS 2 JAM PERLEPASAN DI CP1, 3 JAM DI CP2 DAN 4 JAM DI CP3. LALUAN AYAM DIBUKA DI KM17 SELEPAS 2.5 JAM. PESERTA DIKEHENDAKI MENGAYUH PULANG KE TEMPAT PERLEPASAN MELALUI JALAN YANG DISEDIAKAN SELEPAS CP DITUTUP.

9. CABUTAN BERTUAH DIBUAT SELEPAS 4 JAM PESERTA DILEPASKAN. PESERTA YANG GAGAL HADIR KETIKA NOMBORNYA DIPANGGIL 3 KALI AKAN TERLEPAS KELAYAKAN MENERIMA HADIAH.

10. SEKIRANYA HADIAH YANG DITERIMA TERSEBUT ROSAK, PENERIMA PERLU MENGURUSKAN TUNTUTAN WARANTI DENGAN KEDAI PENGEDAR DENGAN SENDIRI.

Friday, 12 April 2013

Medal

Medal akan diberi kepada 500 peserta terawal yang berjaya menghabiskan kayuhan di laluan yang ditetapkan.

Pengambilan Goodies & Pendaftaran 13/4/2013

Pengambilan goodies boleh dibuat pada 13/4/2013 di Lobi PKNM, Aras Bawah Menara MITC dari jam 2.00 - 6.00 petang. Dan 14/4/2013 jam 6.30 - 7.30 pagi





Penandaan Laluan

Tanda-tanda yang akan digunakan di laluan.



Tuesday, 9 April 2013

Pendaftaran Ditutup

Untuk makluman semua, pendaftaran secara rasmi telah ditutup. Walau bagaimana pun penyertaan selepas ini masih diterima, tetapi peserta tidak dijamin akan mendapat saiz t-shirt yang dikehendaki.

Thursday, 21 March 2013

Aturcara

13 April 2013 (SABTU)
2.00 - 6.00 petang            :   Pengambilan goodies


14 April 2013 (AHAD)
6.30 - 7.45 pagi                :    Pendaftaran peserta
8.00 pagi                          :    Taklimat ringkas  &  Bacaan doa
8.15 pagi                          :    Perlepasan peserta  oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka

10.00 pagi                        :    Penutupan Check Point 1
11.00 pagi                        :    Penutupan Check Point 2
12.00 tengahari                 :    Penutupan Check Point 3

12.30 tengahari                 :    Penyampaian hadiah & Cabutan bertuah
1.30 petang                       :    Bersurai

Monday, 18 March 2013

Gambar Laluan







Lokasi Mula/Tamat


Lokasi mula/tamat - GOOGLE MAPS

Senarai Peserta

Klik untuk semak senarai peserta di sini.


Nota:

  1. Sila semak nama, saiz baju dan status pembayaran 2 hari selepas pembayaran dibuat. Jika nama tidak disenaraikan, sila hubungi talian berikut.

          Hafiz : 017-717 3998
          Hazrul : 012-277 8241

Borang Pendaftaran

Muat turun borang dalam format Microsoft Word
Muat turun borang dalam format JPEG

Nota: 

  1. Borang pendaftaran bagi penyertaan individu masih menggunakan borang yang sama seperti diatas. Ruangan kumpulan dan ketua kumpulan perlu dikosongkan jika penyertaan secara individu manakala bagi penyertaan secara berkumpulan ruangan tersebut perlu diisi. 
  2. Sila penuhkan ruangan nama, no. kad pengenalan, saiz, kategori, no. telefon dan email bagi memudahkan urusan pendaftaran dan semakan.



Sunday, 17 March 2013

Laluan

Cadangan laluan tertakluk kepada pindaan

Maklumat Mini Jamboree

Assalamualaikum and Salam Sejahtera

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan kerjasama Tasik Utama Cycling Club, TUCC dengan bangganya menjemput tuan-puan rakan-rakan riders sekalian untuk menyertai PKNM MINI JAMBOREE, RIDE WITH TUCC 2013 pada ketapan berikut.
Tarikh: 14 April 2013, Ahad
Tempat: Parking PKNM, MITC 

Masa: 8am
Jarak: 35+-km (40% onroad, 60% Offroad) Cut off hour 10:30am di Km 17. Lori ayam disediakan.
Kategori: Lelaki & Wanita Terbuka
Hadiah: RM300, RM200 & RM100

Cabutan Bertuah: Smartphone seumpama i-Phone / Galaxy, LCD TV, barangan basikal dan barangan menarik sehingga 100 cabutan. Cabutan akan dibuat anggaran jam 12tgh.

Pendaftaran:
1. Bayaran RM35 seorang kepada Bank CIMB: 0403-0008274-05-8 (Kelab Sukan Dan SosialPKNM)
2. Email bank slip serta borang ke pknm.minijamboree2013@gmail.com atau fax: 06-2326470 
3. Semak nama pendaftaran di pknmtucc2013.blogspot.com
4. Bawa resit bank dan borang pendaftaran pada masa pendaftaran
5. Tarikh tutup pada 7 April 2013
6. Tarikh tuntutan goodies pada 13 April 2013 di perkarangan PKNM

PERTANYAAN:
Hafiz 017-7173998
Hazrul 012-2778241
Habeeb 019-6583801
Norpipah 019-6680041
Facebook: PKNMCC & Tuccmelaka