Wednesday, 17 April 2013

Tuesday, 16 April 2013

Mesej Daripada Penganjur

Kami (Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan Tasik Utama Cycling Club) sebagai penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua peserta kerana telah memberikan sokongan terhadap Mini Jamboree ini. Jika terdapat cacat-cela dan kekurangan di dalam penganjuran acara ini, pihak kami memohon ampun dan maaf.

Kami juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para petugas dan sukarelawan yang telah bekerjasama menjayakan Mini Jamboree ini.

Juga kepada pihak penaja  kami mengucapkan terima kasih terhadap sumbangan yang telah diberikan.


Gambar

Gambar-gambar boleh dilayari di pautan berikut :

www.facebook.com/pknmtucc2013

Saturday, 13 April 2013

Perhatian


MAKLUMAN KEPADA PESERTA:

1. NO HELMET NO RIDE

2. MENYERTAI KAYUHAN INI BERMAKNA PESERTA BERSETUJU AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DENGAN KESELAMATAN DIRI SENDIRI DAN HARTA BENDA DAN TIDAK AKAN MENYALAHKAN PENGANJUR ATAS SEGALA KEMALANGAN DAN KERUGIAN YANG BERLAKU.

3. PROGRAM BERSIFAT JAMBOREE, PESERTA DIGALAKKAN MENUNGGANG DENGAN SEMANGAT KESUKANAN DAN MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN. WALAU BAGAIMANAPUN KAMI MENGHARGAI PESERTA YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI DENGAN HADIAH WANG TUNAI.

4. MEDAL BERNOMBOR KEDUDUKAN (RANKING) DIBERI KEPADA 300 PESERTA PERTAMA YANG SAMPAI KE GARISAN PENAMAT MENGIKUT TURUTAN. SELEPAS ITU PESERTA DIBERI MEDAL PENAMAT (FINISHER MEDAL). HANYA 500 MEDAL DISEDIAKAN

5. PESERTA YANG TIDAK MEMPUNYAI STICKER YANG LENGKAP TIDAK AKAN DIBERIKAN MEDAL.

6. PESERTA PERLU MEMBAWA PERALATAN SEPERTI “SPARE TUBE”, PAM DAN SEUMPAMANYA.

7. SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN, SILA TELEFON NOMBOR KECEMASAN YANG TERDAPAT DI NOMBOR PLET DAN MAKLUMKAN ANDA BERADA DI KILOMETER KE BERAPA.

8. CHECK POINT AKAN DITUTUP SELEPAS 2 JAM PERLEPASAN DI CP1, 3 JAM DI CP2 DAN 4 JAM DI CP3. LALUAN AYAM DIBUKA DI KM17 SELEPAS 2.5 JAM. PESERTA DIKEHENDAKI MENGAYUH PULANG KE TEMPAT PERLEPASAN MELALUI JALAN YANG DISEDIAKAN SELEPAS CP DITUTUP.

9. CABUTAN BERTUAH DIBUAT SELEPAS 4 JAM PESERTA DILEPASKAN. PESERTA YANG GAGAL HADIR KETIKA NOMBORNYA DIPANGGIL 3 KALI AKAN TERLEPAS KELAYAKAN MENERIMA HADIAH.

10. SEKIRANYA HADIAH YANG DITERIMA TERSEBUT ROSAK, PENERIMA PERLU MENGURUSKAN TUNTUTAN WARANTI DENGAN KEDAI PENGEDAR DENGAN SENDIRI.

Friday, 12 April 2013

Medal

Medal akan diberi kepada 500 peserta terawal yang berjaya menghabiskan kayuhan di laluan yang ditetapkan.

Pengambilan Goodies & Pendaftaran 13/4/2013

Pengambilan goodies boleh dibuat pada 13/4/2013 di Lobi PKNM, Aras Bawah Menara MITC dari jam 2.00 - 6.00 petang. Dan 14/4/2013 jam 6.30 - 7.30 pagi